Selasa, 8 Mac 2016

WADAH HAI-O MARKETING SDN BHD

PENGENALAN

   Wadah Hai-O digariskan khas untuk membantu usahawan menjalankan perniagaan selari dengan
nilai-nilai murni dan etika profesional di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh syarikat .

OBJEKTIF

   Wadah Hai-O diterbitkan untuk memberikan penerangan lebih tepat serta akses rujukan lebih mudah kepada para usahawan. Ia adalah buku panduan usahawan yang perlu dihayati dan dipraktikkan.

   Objektif utama Wadah Hai-O adalah untuk meningkatkan lagi tahap etika dan profesionalisme ushawan.

1) KEJUJURAN DALAM PERNIAGAAN

★ Keikhlasan, kejujuran dan kegigihan adalah kunci kejayaan.
☆ Reputasi yang baik akan meraih keyakinan dan kesetiaan pelanggan dalam jangka  masa panjang.
★ Mengukuhkan kepercayaan serta rasa hormat dari pelanggan bagi memastikan kemajuan perniagaan yang berterusan.

2) TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENAJA

☆ Mencari dan menaja calon usahawan secara profesional, berhemah dan beretika.
★ Tidak memaksa calon keluar dari jaringan lain. Setiap usaha penajaan mestilah dilakukan secara
terhormat dan harmoni.
☆ Setiap penaja mestilah sentiasa mematuhi peraturan dan memberi bimbingan mengenai etika penajaan secara berterusan serta menghormati pelanggan, anak tajaan dan potensi tajaan.

3) KHIDMAT PELANGGAN
 
★ Memberi layanan terbaik seperti membekalkan stok kepada pelanggan secepat mungkin.
☆ Memberi peluang pelanggan mencuba produk serta mengetahui manfaat produk tersebut.
★ Sentiasa memberi bimbingan kepada orang bawahan cara-cara menjawab kemusykilan pelanggan
dan membuat tindakan susulan.

4) TIDAK MELAMBAKKAN STOK

☆ Lambakkan stok boleh mengakibatkan masalah aliran tunai, hutang lapuk dan menjejaskan reputasi.
★ Ganjaran adalah berdasarkan kegigihan dalam perniagaan dan bukan pembelian pangkat.

5) TIDAK MEMOTONG HARGA

☆ Pemotongan harga boleh membahayakan jaringan perniagaan serta potensi untung jangka masa panjang.
★ Menjatuhkan nilai produk dan kerugian akibat persaingan tidak sihat.

6) TIDAK MEMPERBESAR-BESARKAN TENTANG KEBERKESANAN PRODUK

☆ Memberi maklumat tepat mengenai produk seperti manfaatnya adalah mencegah bukan mengubati.
★ Produk yang dijual mestilah tulen dan tidak dipek semula.
☆ Tidak boleh mengeluarkan bahan cetakan sendiri. Setiap cetakan risalah harus mendapat keizinan syarikat.

7) TIDAK MEMPERBESAR-BESARKAN TENTANG POTENSI PERNIAGAAN

★ Mesti menekankan kepada konsep kegigihan dan kecekalan sebagai faktor kejayaan.
☆ Menjalankan konsep 3S1F - Selling, Sponsoring, Service, Follow-up ( Jual, Taja, Servis, Susulan )

8) TANGGUNGJAWAB DAN ETIKA

★ Borang pendaftaran penajaan mestilah diisi dan ditandatangani oleh pemohon sendiri.
☆ Tidak boleh menaja tanpa persetujuan pihak yang ditaja.
★ pemalsuan dokumen adalah dilarang sama sekali.

Sekian Terima Kasih ...

InsyaAllah ... Segalanya Baik Dan Hebat Bersama Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd ...

Kita Jumpa Di Puncak Kejayaan .....

Assalamuallaikum ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan